Siang Malam, sentiasa didatangi umat Muhammad,
Entah apa dibuat, tidak diketahui,
Datang dengan pelbagai tujuan tidak muktamad
Aku didatangi lelaki tua,
Raut muka, amat aku kenali
Ku amati, hanya tingal gigi patah dua
Tiada ucapan salam, lagak sekali
Aku menghulurkan salam, tanda hormat kepada yang tua,
Apa ku dapat? Kata sapaan dari mulut busuk keluar dari kepala lutut
Dia tetap begitu detik hatiku, tiada tanda penyesalan mungkin Tuhan mengujiku
Biarkan biarkan...
Mengapa begitu wahai orang tua nyanyuk?
Salahkan islamku kerana berhijrah dan berhijab?
Ingat, mati tidak dipanggil ketika tua
Aku bangga, aku taubat dari kedustaan duniawi.
Bagaimana pula engkau wahai lelaki tua nyanyuk?
Aku malu pada bangsaku satu agamaku,
Kita serupa, mengapa kau begitu?
Apakah pegangan agamamu
Adakah kau alpa kerna janji dunawi itu?
Wahai orang tua nyanyuk...
Lihatlah tubuhmu yang semakin reput,
Itukan ego kejantananmu kerana bertindik & berantai?
Aku bukan Roqib atau Atid penilai kehidupanmu,
bahkan aku bukan Tuhan tuk tentukan syurga nerakamu
Ya Tuhan, berikan Nur kepada lelaki nyanyuk itu,
Amin.
ameeen... moga allah bagi dia petunjukkkkkk
ReplyDeletedi antara doa yang senang dimakbulkan adalah doa yang terbit dari hati yang ikhlas daripada seorang teman atau sesiapa sahaja tanpa diketahui oleh penerima doa tersebut...semoga ego lelaki itu cair dan cahaya hak dari diri batin yang tidak pernah mengenal keingkaran shines forth...
ReplyDelete